Monday, 29 April 2013

How to renew Car & Motorcycle Insurance

Assalamualaikum.

Al-kisah, td pegi pejabat pos n berniat nk renew insuran motor. tp time tu dh nk dekat pukul 5, so kakak-kakak tu xnak la renewkan lg sbb drg takut stuck online nnti memandang pejabat-pejabat insurans katanya tutup jam 5, jadi takut bermasalah, katanya....saya pn ooowhh..xpela, n sy tnya kt kakat tu: "kak, renew insuran motor boleh guna myeg x?"tiba2 kakak yg bukan kakak yg di tanya soalan tu menjawab."adik, dh kawen blm"..entah kenapa time tu rasa weeeeeeeeeeeeeei..ingat pmpn x reti renew insurans?'.zzzzz..terus x pandang kakak tu, tp yg kakak sy tnya td senyum3 sinis n dia ckp, adik tinggal je la geran n insurans adik kat sini, esok akk buat.huh.. trus ckp xpe la kak, esk sy dtg lg.

*toing3* rasa geram x pasal2..kawen?suami yg buat renew2 insurans ni?laki je la boleh renew, pmpn x payah?huhuhu..saya dh pernah pn renew insurance kete skali..for the 1st time mungkin susah sbb x tau dokumen apa nk kena ada n blur3 kemana arah mana ingin dituju..lps2 tu senang yg amat sgt.. Pelajaran yg saya dapat bila ayah saya meninggal..Dulu sy renew motor sy punya je,. n now for the first time masa 13 April 2013, sy kena renew insurans kereta sendiri..time tu baru gelabah nk tnya org sana sini, tnya abg, pk macam masalah negara kat mana nk kena buat benda alah ni. Dan Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, benda yg sy xtau dah jadi tau skrg..boleh buat sdri tanpa laki.wek!

Meh nk share skit cara-cara nk renew roadtax and insurance:

Roadtax and insurance benda yg penting kena ada bila kita ada kenderaan. Kalau xda roadtax boleh kena saman dgn tuan trafik atas sebab melanggar undang-undang negara. Kalau xda insurance n tetiba terlibat dgn kemalangan, tiada perlindungan ke atas kerugian yg di alami.. Kalau di Malaysia, semua kenderaan mesti ada at least third party insurance. Ada 2 jenis insurans yg kita boleh pilih :
a) Comprehensive- untuk cover kerugian kita dan pihak ketiga yg terlibat dalam kemalangan yg sama
b) Third party- untuk cover kerugian pihak ketiga saja. Kerugian kita cover la sdri guna duit simpanan (kalau ada, kalau x da guling2 dulu kut2 nnt dpt la jalan kt mana nk boleh dpt duit)

Premium (utk insurans conventional) atau Contribution (dlm istilah Takaful -Islamic insurance) adalah bayaran yg perlu kita bayar utk setahun. Nilai Premium atau contribution ni dinilai dari jumlah yang diinsuranskan. Selalunya, bayaran utk kali pertama insurance ni akan lebih mahal. Utk tahun2 kemudian nilai premium/contribution akan jd lebih murah dari tahun ke tahun. Sebab-sebabnya adalah kereta/motor adalah aset tak  tetap- jd nilai aset akan susut dari tahun ke tahun. kalau nilai dah susut mesti lah nilai yg diinsurankan turut tersusut kan3..xkan lah nk insurkan *eerr ada ka ayat insurkan??* nilai insuran lbh dari nilai kereta sebenar kan3..selain tu utk renew seterusnya kita akan dapat NCD (No Claim Discount) sebanyak 25% utk thn kedua, 30% utk thn ketiga dan peratus ni meningkat setiap thn..jadi, lg murah la kita bayar nilai premium and coverage setiap tahun.

Untuk renew roadtax dan insurance kereta/motor ada 3 cara:

1) Sendiri pergi ke JPJ / Insurance Agent / Pejabat Pos
Renew roadtax boleh buat kat JPJ,kemudian kena pegi kat insurance agent yg kita nak utk renew insurance pulak.Susah la sket kena pegi byk tempat. Tapi rasanya ada JPJ yg ada booth utk insurance agent.
Kalau kat Pejabat Pos boleh renew dua2..sgt sure boleh.hehe so nk senang buat kt Pejabat Pos sudah.
Dokumen - dokumen yang perlu dibawa:
a) Geran Asal
b) Sijil Insurance yg lama (xda pun xpe..just utk memudahkan pegawai untuk tgk nilaian yg kita buat utk tahun sebelumnya)
c) Duit yg mencukupi.
Pegi kt Pejabat pos, amik nombor, tunggu giliran, smpai masa, ckp dgn pegawai pos tu nk renew and bg semua dokumen kat dia. zap zup zap zup..tadaaaaa!! dia bg sijil/polisi insurance yg baru dan roadtax yg baru. dah siap..pastu masuk keta pap! lekat roadtax baru kat cermin keta,kalau motor x boleh lekat, simpan lah kt mana2 yg senang dibawa slalu.

Update: Kalau JPJ ada mesin kiosk, geran asal dah x perlu utk renew..just key in nombor plate keta, nama pemilik dan ic pemilik saja..lepas tu mesin tu krikkk krukkkk krikkk krukkk print roadtax tu.

2) Melalui http://www.myeg.com.my/index.html


Sangat la best boleh renew via online sahaja..tetapi perkhidmatan ini adalah utk KERETA SAHAJA , SISTEM BELUM LAGI MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI UNTUK MOTORSIKAL ATAU
KENDERAAN OKU. Terima kasih kakak pejabat pos, kerana andA sy research sendiri jwpan yg sy tnya td. X kawen lagi pn dh tau juga kak..

Cara-cara nya..memula register dulu bg yg masih blum ada akaun. Kemudian klik pautan JPJ utk renew roadtax, kemudian langkah seterusnya dia akan tnya nk x renew insurance. Pilih syarikat insurance yg kita nak, isi semua tempat kosong yg wajib diisi, then bayar guna online banking atau credit card..Nanti drg akan pos roadtax n polisi insuran kt alamat yg korang  nak. Siappp!

3) Melalui agent.
Yang ni kita suruh je la agent buat.Senang ja. Bayaran mesti mahal sket dari biasa sbb tambah upah agen.Tapi owh tapi kena ingat risiko nk kena tipu, nak nak pulak perempuan yg x kawen lg ni kan..Pandangan saya, utk kali pertama baiklah buat sendiri, tahu sikit2 pasal benda ni, lps tu kalau bz sgt upah la org buatkan. bukan apa, kalau dh tau sikit2, nnti kalau x puas hati boleh ada sebab yg munasabah utk x puas hati n boleh la tnya balik kan. Ye dak?

Semoga tips ni dapat membantu sesape yg nk renew roadtax n insurance masing2. Good Luck!

Updated: Nilai minimum yg diinsurankan utk Comprehensive bg etiqa Takaful adalah RM12,000..Bagi beberapa  Insuran lain masih terdapat nilai minimum RM 10,000..Nilai minimum adalah tetap walaupun nilai kereta menjadi susut. *xsuka dgn undang2 terbaru ni*



May peace be upon you..Wassalam.

44 comments:

  1. Sye tercome across blog awak ni. Masa sye baca sye senyum sengsorang bab yg akak tu tanye dah kawen ke belum. Sgt la tak releven soalannyer tu.
    tapi ape pun, mcm awak cakap kalau tak disebabkan akak tu takdenyer awak tau cara2 nak renew roadtax dgn full info mcm gini. Syabas la. At least u have done an awesome job.bleh tolong sesape yg agak2 tak tau nak renew roadtax bleh la buat info awak ni sebagai reference.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe ada jugak ye org senyum sorg2 smbil baca blog sy ni :D

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Your are welcome ain nabila..semoga bermanfaat ilmunya

      Delete
  2. saya nak tanya..macam ni my mom berurusan dengan agent insurance.dan dia hanya bagi my mom cover note.bukan patut dapat certificate?sy tanya my mom,mana sijil?sebab setahu sy cover note ni untuk sementara aje.my mom cakap yang ni lah.sebab katanya setiap kali buat renewal,agent tu akan bagi cover note..hmm...harap dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, kurang arif lak..tp cover note tu pn dh ok..sbb bila nk claim in case of accident,insurance boleh check further details dgn info yg ada dlm cover note tu

      Delete
    2. Biasa agent akan bagi cover note sekali dgn sijil kat belaknag cover note, maksudnya muka surat yg kedua tu siji...call me if u wan renew 0169598429

      Delete
    3. Mmg agent akn bg covernote shj lpas on ins.. sbb certificate akn proses a few days after issue covernote. N selalunyer certificate company insurance akan pos ikut alamat dlm covernote.. kalau x dpt boleh contact agent yg wat rtax awak tu nty dia akn printkn copy certificate. Itu sedikit sbnyak yg sy tau. Maaf kalo x lengkap. #agentetiqatakaful

      Delete
  3. Kalau sesiapa nak renew roadtax dan insurans boleh htr no kereta, no ic dan no hp. Under myeg. Motosikal tak boleh buat dekat myeg.

    ReplyDelete
  4. Pembaharuan cukai jalan dan insuran secara online

    Perbaharui cukai jalan dan insuran disini

    Renew Roadtax Malaysia

    ReplyDelete
  5. Siapa yg nak renew kenderaan insurance dan road tax leh call i 0169598429 siap dalam satu hari...saudara saudari cuma lekat kat cermin je ^.^

    ReplyDelete
  6. Renew Takaful/insurans dengan E-agent ,
    renewtakaful.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Boleh lawati fb page 'mr roadtax & takaful' utk renew takaful dan roadtax mudah dan cepat..tanpa kos tambahan/tiada caj tambahan ejen
    (by Mohd Redzuan Roadtax & Takaful Services)

    ReplyDelete
  8. Salam, nak tanya, kalau kereta masih under pinjaman bank bole renew insurans melalui online ke? dan bole tukar syarikat insurans ke? thank you :)

    ReplyDelete
  9. Slm.geran kt bnk kl.saya dok kt melaka.bole ke renew insurans keta pakai fotostat geran je di p pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..blh renew insurans keta guna fotostat geran.. tp kena pegi jpj utk buat roadtax di Kioks JPJ.. roadtax x blh buat di pejabat pos bila xde geran fotostat

      Delete
  10. cik..nk tanya sikit..klau sijil insurans yg lama takde, mcmne ehh nk renew insurans? geran asal ada just sijil insurans yg lama takde..tolong saya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe..boleh je..dh ada geran tu dh cukup

      Delete
  11. Penerangan yang sangat detail , sangat berguna thanks tuan blog

    http://www.insuranskereta.my

    ReplyDelete
  12. Kalau ada agent , kalau ada problem ke ape ke ade tempat mengadu

    http://insuranskereta.my

    ReplyDelete
  13. Thank you so much!
    Akhirnya jumpe cara nk renew roadtax by online.

    ReplyDelete
  14. Nak tanya insuran dan roadtax saya telah tamat pada 23/6/2014. Masih boleh sambung seperti biasa ke kat Pej Pos? Sijil insuran takde cuma ada geran asal sahaja ? Boleh ke ?

    ReplyDelete
  15. salam nak tanye sikit , kereta sye takade sijil insurans tapi ade jadual kereta persendirian/ private car schedule boleh ke renew sekat pejabat pos juga ?? urgentt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..nnti kat pejabat pos dia akan tanya insurans apa yang cik nak pilih

      Delete
  16. Nk tanya skit....klau sijil insuran lama x de boleh x nk renew...geran asal ada.

    ReplyDelete
  17. untuk kali pertama nak renew roadtax memang kena buat dengan bank kita buat loan kereta ke?

    ReplyDelete
  18. saya nak tnya kalau kali pertama nak renew roadtax memang kena buat dengan bank yang kita buat loan kereta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya..sekarang JPJ setiap negeri dah ada kiosk. jadi boleh buat di kiosk walaupun geran asal ada dengan bank

      Delete
  19. Thank you for sharing such great information.It is informative, can you help me in finding out more detail on motor insurance online

    ReplyDelete
  20. Thank you for sharing such great information.It is informative, can you help me in finding out more detail on motor insurance online

    ReplyDelete
  21. Maaf tumpang tanya. Saya baru nak renew roadtax motor sendiri. Saya kurang pasti, samada motor tu dah ada insurans ke belum. Rasanya, setiap motor baru belum ada insurans kan? So kena pergi buat insurans tu sendiri lah ya? Maaf saya taktahu dan nak berdikari uruskan hal macam ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motor baru beli selalunya kedai dah tolong buatkan sebelum cik/puan ambik motor.

      Delete
    2. Kalau motorsikal ada laman web lain: https://www.hoi.my/motorcycle-insurance-takaful/

      Delete
  22. https://qompanion.my/car-insurance

    ReplyDelete
  23. ko punya cerita krikkk krukkk krikkk krukkkk hahahaha! sound effect mantap! :'D

    ReplyDelete
  24. Tak tahu kenapa, entry yang ditulis ni adalah berinformasi dan serius. Tapi aku mengekek gelak bila baca hahaha. Mungkin cara blogger ni tulis, dengan nada lawak! Terima kasih menghiburkan saya!

    ReplyDelete