Wednesday 12 August 2020

Lepas 3 tahun yo!

 Bismillahirahmanirrahim

Dah 3 tahun lebih tak menaip di blog. Lepas “hilang” banyak benda sangat.

Dan Alhamdulillah. Tahun 2018, dapat semangat baru, tanggungjawab baru. Dapat peluang dengar anak panggil “ibu” di dunia. Selepas anak dalam kandungan pertama meninggal dalam rahim pada 06.04.2017, alhamdulillah , Allah izinkan anak kedua lahir pada 20.08.2018.

Rasa nak simpan disini kenangan-kenangan sepanjang mengandung dan melahirkan. Next entry maybe insyaAllah.

Till then.

May peace be upon you

Saturday 27 May 2017

1 Ramadhan 1938H

Assalamualaikum w.b.t

1st Ramadhan 1938H

Sunyinya lain dari tahun yang lain

Hilang kesihatan
Hilang kerja
Hilang pendapatan
Hilang anak
Hilang arah tuju diri
Hilang pendirian

Salam ramadhan.

Wajib belajar syukur. Walaupun banyak kehilangan, boleh juga bertemu Ramadhan.Berdoa dalam waktu yg paling baik dalam byk2 waktu.

Semoga bertemu kembali dgn apa yg telah hilang.

May peace be upon you.


Sunday 16 October 2016

MUA Alor Setar

Cak!

Assalamualaikum.

Share sikit pasal Kak MUA Alor setar sorang ni.

Kak MUA ni mula-mula jumpa pun tiba-tiba saja..search di google , tapi blog dia x blh nk masuk.

Disebabkan semua MUA yang berkenan tgk hasil kerja depa pakat dh fully booked, maka dengan pasrahnya saya booking dengan kak MUA ni untuk majlis sanding.

Dan x semena-mena pada hari majlis jumpa la dia.. siap makeup tengok diri sendiri ya ampun.,,tangan kak ni hebat woooo.

Alhamdulillah..First time dalam hidup rasa cantiknya diri sendiri.hahaha biaq pi nak puji diri sendiri..

Utk membalas budi Kak MUA ni, saya letak nombor telefon Kak MUA kat sini..harap-harap rezeki Kak Ha melimpah ruah.

Nama Kak MUA ni Kak Nazarha, manis cantik orangnya..ramah pulak tu..
Nombor telefon Kak Ha 012-555 9921.. Contact la dia yerr :)

Ok dah. siap dah entri ni.

May peace be upon you

p/s: Alhamdulillah dah bernikah saya ni.

Sunday 2 August 2015

Cara-cara Menjual Kereta Secondhand (tanpa hutang bank)

Assalamualaikum..

Again, ambil masa yg agak lama utk dedikasi tulisan ni utk Kancil tercinta..ambil masa nk atasi kesedihan yg pelik sungguh hanya kerana sebuah kereta.hehe..okeh, nk share cara-cara nk jual kereta sendiri ni.

Ingin sy menarik perhatian disini bahawa sy adalah seorang perempuan dan sy menjual kereta kesayangan sy sendiri..auuuuuuuuuuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww sgt bangga dgn diri sendiri *tiap2 hari pun tepuk bahu sendri n cakap syabas*.kihkih

Okeh, mari mulakan cara-caranya, ambil perhatian bahawa kereta ni dh hbs byr bank so dh xda prosedur dgn pihak bank;-

1. Tangkap gambo keta - edit (tutup nombor plat tu kalau rasa2 anda adalah org penting dan ramai yg akan cari pasal kalau tahu pasal nombor plat keta anda) - then post lah kt sosial media..sy pos kat mudah.com..mudahhh sangat

2. Sesi pilih pembeli dan nego harga..

Pengalaman sgt jumpa mcm2 pembeli..ada yg ajak jumpa jauh dari tempat tinggal sy. Sy pilih utk jumpa di tengah antara tempat sy dan tempat pembeli..sy pun nk uji pembeli jugak betul2 ke dia nk kete disamping utk keselamatan sy jugak kan..ada yg mmg kata mcm2 kt keta sy demi utk nego harga, welll pmpn kan nk jual..so drg ckp la enjin dah x ok, break x ok, bla3..padahal sebelum sy nk iklankan sy dh g repair semua pun..buwek..nasib lah nk beli ckp buruk2 kt keta org..mmg x jual aih..ada yg baik gak, pak cik mak cik yg nk beli keta kat anak..n lastly pembeli yg sy selesa ni mmg senang hbs..dia agree dgn harga, terus angkat.

3. Dh dpt pembeli, amik la deposit rm500 cmtu ke..

4. Pegi Puspakom utk pemeriksaan..memula kena buat temujanji dulu..hari temujanji pegi isi borang + bawa geran sekali + bayar rm30 ( xtahulah kut dh naik harga sekarang ni)..kalau ada tinted yg xlepas org puspakom minta koyakkan..lepas tu tunggu jelah siap..dan disebabkan org laki ja yg ramai kt puspakom tu, ramai lah juga yg kasi kerusi suruh duduk sementara nk tunggu org periksa keta tu..dh siap periksa, puspakom panggil utk bg result..kalau result lulus boleh trus g jpj

5. Set date pegi tukar nama keta dgn pembeli..sebab sy owner pegi sendiri hari yg sama dgn pembeli, sy x perlu fotostat ic n gunting2 n lekat utk pengesahan..direct sahkan ic on the spot..ambil borang pindahmilik, isi maklumat penjual dan pembeli, pastu JPJ panggil owner dan buyer utk sahkan identiti memasing thenn buat bayaran  (RM150 x salah..xingattt lupa lama dh). Pastu pembeli pon bayar la kt sy balance duit keta tu..then dia hantar sy balik rumah..wuwuwuwuw berakhirlah riwayat keta bersama sy.

*Sobs* sedih yg amat..itu pasal lah jual keta tahun 2013, tahun 2015 baru blh sambung draft pasal cara-cara jual keta ni..sedih yg amat woo..nak2 kena kenangkan kembali saat2 akhir bersama..giler x syg keta tu, memula dpt lesen bawa keta tu lah nk g memana..kiranya dari 18 tahun sampai 24 tahun bila balik cuti sem mmg bawa keta tu nk kemana-mana..dalam keta jugak la tempat luah segala perasaan sukaa duka..bila sedih selalu tekan minyak kuat2 drift sana sini..almaklumlah anak bongsu ni attach dgn banyak 'benda' dari orang.

Habis la kut nk cte pasal cara-cara jual keta..mudah saja..yg penting hati kena teguh tambah2 perempuan.sbb nk jumpa ramai org yg banyak condemn keta bila tgk pmpn yg intro keta + kt puspakom ramaiii laki..malu la skit kalau org yg pemalu cm sy nih..hiks..after all, bila buat sendiri, rasa puas hati n dapat ilmu baru.

Till we meet again.

May peace be upon you.


Sunday 26 October 2014

Saturday 1 March 2014

If only i could strongly say what i feel,
If only i could strongly believe in what i think,
If only i could act like I say,


*This world has taught me a lot!*

May peace be upon me always...

Tuesday 17 December 2013

BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014


Assalamualaikum..

Pengumuman!..Permohonan BRIM 2014 bakal dibuka dalam masa yg terdekat.

Sebelum apply check dulu syarat-syarat yg ditetapkan :D

Bagi Isi rumah


  •   Warganegara Malaysia;
  •   Berumur 21 Tahun Keatas
  •   Isi Rumah/ Single Parent/ Warga emas Berpendapatan Bulanan RM3,000 kebawah

Amaun BR1M yg dijanjikan = RM 650 + caruman i-BR1M RM50 dengan jumlah perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal ; atau

  •  Bagi Isi Rumah / Single Parent/ Warga emas  yang Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
Amaun BR1M yg dijanjikan = RM 450 + caruman i-BR1M RM50 juga dengan jumlah perlindungan sehingga RM 30,000.

                                                           
Bagi Syarat-syarat untuk Individu/ Bujang trang tang tang.


  •   21 tahun dan ke atas
  •   Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000
  • Amaun BR1M yang dijanjikan = RM 300
  •   Tidak termasuk pelajar yang dapat baucar buku BR1M


Bila boleh mula memohon?
Permohonan akan dibuka pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014

Cara-cara Memohon adalah seperti berikut:

A) secara online melalui laman web www.hasil.gov.my

B) Secara manual melalui borang permohonan yang diberi secara PERCUMA.

Borang Permohonan boleh didapati di :
ü  Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
ü  Jabatan Pembangunan Persekutuan,
ü  pejabat daerah
ü  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Dan perlu DIHANTAR ke mana-mana pejabat LHDNM berhampiran

Bagi penerima BR1M yg lepas, anda tidak perlu membuat permohonan baru. Anda Cuma perlu mengemaskini maklumat data peribadi terkini seperti alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank (katanya pembayaran akan dibuat melalui bank pemohon)

Lepas buat permohonan kita tunggu sampai Februari 2014 sbb katanya Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat mulai Februari 2014

Kalau ada yang tak pasti dan perlu keterangan lanjut, boleh hubungi
hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang (Isnin - Jumaat)  bermula 23 Disember 2013.
Jom ramai-ramai kita mohon. Boleh juga cover sikit segala harga barang yang naik ni..tihtihtih 
Sumber : laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri