Tuesday, 17 December 2013

BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014


Assalamualaikum..

Pengumuman!..Permohonan BRIM 2014 bakal dibuka dalam masa yg terdekat.

Sebelum apply check dulu syarat-syarat yg ditetapkan :D

Bagi Isi rumah


  •   Warganegara Malaysia;
  •   Berumur 21 Tahun Keatas
  •   Isi Rumah/ Single Parent/ Warga emas Berpendapatan Bulanan RM3,000 kebawah

Amaun BR1M yg dijanjikan = RM 650 + caruman i-BR1M RM50 dengan jumlah perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal ; atau

  •  Bagi Isi Rumah / Single Parent/ Warga emas  yang Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
Amaun BR1M yg dijanjikan = RM 450 + caruman i-BR1M RM50 juga dengan jumlah perlindungan sehingga RM 30,000.

                                                           
Bagi Syarat-syarat untuk Individu/ Bujang trang tang tang.


  •   21 tahun dan ke atas
  •   Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000
  • Amaun BR1M yang dijanjikan = RM 300
  •   Tidak termasuk pelajar yang dapat baucar buku BR1M


Bila boleh mula memohon?
Permohonan akan dibuka pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014

Cara-cara Memohon adalah seperti berikut:

A) secara online melalui laman web www.hasil.gov.my

B) Secara manual melalui borang permohonan yang diberi secara PERCUMA.

Borang Permohonan boleh didapati di :
ü  Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
ü  Jabatan Pembangunan Persekutuan,
ü  pejabat daerah
ü  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Dan perlu DIHANTAR ke mana-mana pejabat LHDNM berhampiran

Bagi penerima BR1M yg lepas, anda tidak perlu membuat permohonan baru. Anda Cuma perlu mengemaskini maklumat data peribadi terkini seperti alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank (katanya pembayaran akan dibuat melalui bank pemohon)

Lepas buat permohonan kita tunggu sampai Februari 2014 sbb katanya Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat mulai Februari 2014

Kalau ada yang tak pasti dan perlu keterangan lanjut, boleh hubungi
hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang (Isnin - Jumaat)  bermula 23 Disember 2013.
Jom ramai-ramai kita mohon. Boleh juga cover sikit segala harga barang yang naik ni..tihtihtih 
Sumber : laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri