Pengumuman!..Permohonan
BRIM 2014 bakal dibuka dalam masa yg terdekat.
Sebelum apply check dulu syarat-syarat yg
ditetapkan :D
Bagi Isi rumah
Warganegara Malaysia;
Berumur 21 Tahun Keatas
Isi Rumah/ Single Parent/ Warga emas
Berpendapatan Bulanan RM3,000 kebawah
Amaun BR1M yg
dijanjikan = RM 650 + caruman i-BR1M RM50 dengan jumlah perlindungan maksimum
sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal ; atau
Bagi Isi Rumah /
Single Parent/ Warga emas yang Berpendapatan
Bulanan RM3,000- RM4,000
Amaun BR1M yg
dijanjikan = RM 450 + caruman i-BR1M RM50
juga dengan jumlah perlindungan sehingga RM 30,000.
Bagi
Syarat-syarat untuk Individu/ Bujang trang tang tang.
21
tahun dan ke atas
Pendapatan bulanan tidak melebihi
RM2,000
Amaun BR1M yang dijanjikan = RM 300
Tidak termasuk pelajar yang dapat
baucar buku BR1M
Bila boleh mula
memohon?
Permohonan akan
dibuka pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014
B) Secara manual
melalui borang permohonan yang diberi secara PERCUMA.
Borang Permohonan boleh didapati di :
üPejabat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
üJabatan Pembangunan Persekutuan,
üpejabat
daerah
üJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Dan
perlu DIHANTAR ke mana-mana pejabat LHDNM berhampiran
Bagi penerima BR1M yg lepas, anda tidak perlu
membuat permohonan baru. Anda Cuma perlu mengemaskini maklumat data peribadi terkini seperti
alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank (katanya pembayaran akan dibuat melalui bank pemohon)
Lepas buat
permohonan kita tunggu sampai Februari 2014 sbb katanya Pembayaran BR1M 2014
dijangka akan mula dibuat mulai Februari 2014
Kalau ada yang
tak pasti dan perlu keterangan lanjut, boleh hubungi
hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang
(Isnin - Jumaat) bermula 23 Disember 2013.
Jom ramai-ramai kita mohon. Boleh juga cover sikit segala
harga barang yang naik ni..tihtihtih
Al-kisah, td pegi pejabat pos n berniat nk renew insuran motor. tp time tu dh nk dekat pukul 5, so kakak-kakak tu xnak la renewkan lg sbb drg takut stuck online nnti memandang pejabat-pejabat insurans katanya tutup jam 5, jadi takut bermasalah, katanya....saya pn ooowhh..xpela, n sy tnya kt kakat tu: "kak, renew insuran motor boleh guna myeg x?"tiba2 kakak yg bukan kakak yg di tanya soalan tu menjawab."adik, dh kawen blm"..entah kenapa time tu rasa weeeeeeeeeeeeeei..ingat pmpn x reti renew insurans?'.zzzzz..terus x pandang kakak tu, tp yg kakak sy tnya td senyum3 sinis n dia ckp, adik tinggal je la geran n insurans adik kat sini, esok akk buat.huh.. trus ckp xpe la kak, esk sy dtg lg.
*toing3* rasa geram x pasal2..kawen?suami yg buat renew2 insurans ni?laki je la boleh renew, pmpn x payah?huhuhu..saya dh pernah pn renew insurance kete skali..for the 1st time mungkin susah sbb x tau dokumen apa nk kena ada n blur3 kemana arah mana ingin dituju..lps2 tu senang yg amat sgt.. Pelajaran yg saya dapat bila ayah saya meninggal..Dulu sy renew motor sy punya je,. n now for the first time masa 13 April 2013, sy kena renew insurans kereta sendiri..time tu baru gelabah nk tnya org sana sini, tnya abg, pk macam masalah negara kat mana nk kena buat benda alah ni. Dan Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, benda yg sy xtau dah jadi tau skrg..boleh buat sdri tanpa laki.wek!
Meh nk share skit cara-cara nk renew roadtax and insurance:
Roadtax and insurance benda yg penting kena ada bila kita ada kenderaan. Kalau xda roadtax boleh kena saman dgn tuan trafik atas sebab melanggar undang-undang negara. Kalau xda insurance n tetiba terlibat dgn kemalangan, tiada perlindungan ke atas kerugian yg di alami.. Kalau di Malaysia, semua kenderaan mesti ada at least third party insurance. Ada 2 jenis insurans yg kita boleh pilih :
a) Comprehensive- untuk cover kerugian kita dan pihak ketiga yg terlibat dalam kemalangan yg sama
b) Third party- untuk cover kerugian pihak ketiga saja. Kerugian kita cover la sdri guna duit simpanan (kalau ada, kalau x da guling2 dulu kut2 nnt dpt la jalan kt mana nk boleh dpt duit)
Premium (utk insurans conventional) atau Contribution (dlm istilah Takaful -Islamic insurance) adalah bayaran yg perlu kita bayar utk setahun. Nilai Premium atau contribution ni dinilai dari jumlah yang diinsuranskan. Selalunya, bayaran utk kali pertama insurance ni akan lebih mahal. Utk tahun2 kemudian nilai premium/contribution akan jd lebih murah dari tahun ke tahun. Sebab-sebabnya adalah kereta/motor adalah aset tak tetap- jd nilai aset akan susut dari tahun ke tahun. kalau nilai dah susut mesti lah nilai yg diinsurankan turut tersusut kan3..xkan lah nk insurkan *eerr ada ka ayat insurkan??* nilai insuran lbh dari nilai kereta sebenar kan3..selain tu utk renew seterusnya kita akan dapat NCD (No Claim Discount) sebanyak 25% utk thn kedua, 30% utk thn ketiga dan peratus ni meningkat setiap thn..jadi, lg murah la kita bayar nilai premium and coverage setiap tahun.
Untuk renew roadtax dan insurance kereta/motor ada 3 cara:
1) Sendiri pergi ke JPJ / Insurance Agent / Pejabat Pos
Renew roadtax boleh buat kat JPJ,kemudian kena pegi kat insurance agent yg kita nak utk renew insurance pulak.Susah la sket kena pegi byk tempat. Tapi rasanya ada JPJ yg ada booth utk insurance agent.
Kalau kat Pejabat Pos boleh renew dua2..sgt sure boleh.hehe so nk senang buat kt Pejabat Pos sudah.
Dokumen - dokumen yang perlu dibawa:
a) Geran Asal
b) Sijil Insurance yg lama (xda pun xpe..just utk memudahkan pegawai untuk tgk nilaian yg kita buat utk tahun sebelumnya)
c) Duit yg mencukupi.
Pegi kt Pejabat pos, amik nombor, tunggu giliran, smpai masa, ckp dgn pegawai pos tu nk renew and bg semua dokumen kat dia. zap zup zap zup..tadaaaaa!! dia bg sijil/polisi insurance yg baru dan roadtax yg baru. dah siap..pastu masuk keta pap! lekat roadtax baru kat cermin keta,kalau motor x boleh lekat, simpan lah kt mana2 yg senang dibawa slalu.
Update: Kalau JPJ ada mesin kiosk, geran asal dah x perlu utk renew..just key in nombor plate keta, nama pemilik dan ic pemilik saja..lepas tu mesin tu krikkk krukkkk krikkk krukkk print roadtax tu.
Sangat la best boleh renew via online sahaja..tetapi perkhidmatan ini adalah utk KERETA SAHAJA , SISTEM BELUM LAGI MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI UNTUK MOTORSIKAL ATAU
KENDERAAN OKU. Terima kasih kakak pejabat pos, kerana andA sy research sendiri jwpan yg sy tnya td. X kawen lagi pn dh tau juga kak..
Cara-cara nya..memula register dulu bg yg masih blum ada akaun. Kemudian klik pautan JPJ utk renew roadtax, kemudian langkah seterusnya dia akan tnya nk x renew insurance. Pilih syarikat insurance yg kita nak, isi semua tempat kosong yg wajib diisi, then bayar guna online banking atau credit card..Nanti drg akan pos roadtax n polisi insuran kt alamat yg korang nak. Siappp!
3) Melalui agent.
Yang ni kita suruh je la agent buat.Senang ja. Bayaran mesti mahal sket dari biasa sbb tambah upah agen.Tapi owh tapi kena ingat risiko nk kena tipu, nak nak pulak perempuan yg x kawen lg ni kan..Pandangan saya, utk kali pertama baiklah buat sendiri, tahu sikit2 pasal benda ni, lps tu kalau bz sgt upah la org buatkan. bukan apa, kalau dh tau sikit2, nnti kalau x puas hati boleh ada sebab yg munasabah utk x puas hati n boleh la tnya balik kan. Ye dak?
Semoga tips ni dapat membantu sesape yg nk renew roadtax n insurance masing2. Good Luck!
Updated: Nilai minimum yg diinsurankan utk Comprehensive bg etiqa Takaful adalah RM12,000..Bagi beberapa Insuran lain masih terdapat nilai minimum RM 10,000..Nilai minimum adalah tetap walaupun nilai kereta menjadi susut. *xsuka dgn undang2 terbaru ni*
May peace be upon you..Wassalam.
Tuesday, 9 April 2013
I am always denying the fact to move on.
But once something reminds me. it hurtssss me a lot.
stop denying d fact
stop denying d fact
stop denying d fact
stop denying d fact
stop denying d fact please.
sy menulis
hari ini, utk diri, supaya sy ingat ‘fasa sy terdiam’ ini.
6th
September 2012
Ayah dan
mak hantar sy ke Shahab Perdana lbh kurang jam 11 pagi. Tamat cuti semester
selama 3 bulan. Sy bakal memasuki tahun terakhir di UIA. Malam tu sy ckp dengan
ayah, esok kita pergi shahab awal sikit, nk ajak makan bubur skali. Tp esoknya,
sy terlambat, sbb sakit perut. Dalam kereta sy ckp, “satgi mak dengan ayah
makan la, adik xdan nk makan skali”. Sebelum naik bas, sempat beli roti utk
alas perut. Ayah n mak hntar smpai tepi bas..sy salam dgn mak dulu,n lps salam dgn ayah, ayah bg tgn dia kat mak
suruh mak salam. Sy ngn mak gelak kat kat ayah. Bila naik bas n mula bergerak,
sy menangis,mcm student bru lps spm nk kuar rumah.entah knp sy menangis hingga
teresak, rasa sayu tinggalkan mak ayah berdua di rumah..kesiankan ayah dengan
kejadian2 yg dpt sy tgk sepjg sy di rumah..sy hanya berhenti menangis bila sy
pujuk diri, “lg 6 minggu ja, lepas tu balik rumah boleh jumpa mak ayah balik”.
10th
September 2012-3rd October 2012
Mula
semester baru. Azam sy 1, utk dpt result yg baik2. Sbb subjek2 tahun terakhir
byk yg ayah tau.boleh la bincang dengan dia bila balik nnti. Lagipun xmau tgk
dia susah hati dah dengan result2 sy. Tapi, sy selalu menangis di asrama,
mungkin marah pada diri dan simpati dengan mak dan ayah yg sunyi. Sy selalu
tertanya knp jd anak yg bongsu tak boleh memilih ke mana jalan yg sy nk? Sy
habiskan cuti sem selama 3 bulan di rumah sbb sy cuba utk pujuk ayah,benarkan
sy buat chambering di KL, demi pengalaman yg lebih dan demi utk menjaga hati
mak n ayah (sy mudah marah mcm singa),tapi spjg ada di rumah masa cuti, ayah
slalu sebut2 kt org lain sy akan buat chambering di kedah. Sy diam sbb dh penat
nak membantah,sy ckp dlm hati, tunggulah, dh hbs belajar nnti try la slow talk
lain. Sy marah dgn diri sendiri knp tak boleh terima dengan tenang kalau tak
boleh pilih apa yg sy nak sedangkan sy tau mak n ayah terlalu sunyi di rumah.
Selalunya bila teringat rumah, sy akan call ckp dengan mak, xpernah ckp dengan
ayah. Dan sebab tu juga sy menangis mlm2, entah kenapa juga slalu rasa sayu bila ingat
ayah.kesian ayah sbb bila ayah rindu anak2 dia pendam,anak2 pn x ckp dgn ayah.
Satu hari
ahad, terasa bosan. Trus tiba2 sy msg ayah, tny ayah buat apa. Sy pon pelik sbb
mmg jarang2 msg ayah.. lamaaaa bru ayah jawab, “baru balik dari jalan2 di bukit
pinang”.sy tny lg pergi dgn siapa, ayah jwb sorang2, dah sy hnya balas “ooooo”
sbb dh xtawu apa nak dibalas.
Lbh kurang
30 jam dari message2 tu, sy telefon mak, ckp2, n saja2 mintak kebenaran kat mak
nk pegi ke Padang cuti sem ni, niatnya hanya bergurau, sbb sy tau,cuti mid-sem
nnti raya haji, dan mesti ayah x izinkan. Mak ckp try la tnya ayah, dan sy ckp
xnk tanya sbb dh tau jawapan. Dan bila hbs sy ckp phone dengan mak, ayah hntar
msg, ayah ckp “pergi la lain kali, skrg tgh rusuhan”. Belum sempat tnya ayah,
ayah dh hntar msg terus, mungkin ayah dengar apa yg mak ckp td, dan sy mmg
kecewa dgn msg tu. Sy sedih lg, knp sy x boleh buat pilihan sendiri? Sy nak
izin ayah sblm kemana2 tp dalam masa yang sama sy teringin nk tgk dunia luar
sblm sy kerja. sy jawab msg tu, sy cuba pujuk.sy jwb, “Dkt Jakarta yg ada
rusuhan, adik nk pergi bahagian lain”. Wlpn sy rasa jwpn msg sy utk ayah sebaik
nada utk memujuk tp ayah diamkan saja akhirnya.
4th October 2012
Mak telefon. Mak tnya nk pegi x Padang? Sy sedikit terasa, terus nada ckp x
baik. Sy ckp sy x pegi sbb ayah x bagi, sy tnya mak smpai bila sy boleh buat
keputusan sendiri?sy terangkan semua, cuba luah apa yg sy rasa.. dan mak
bagitau malam ayah berhenti reply msg sy tu, ayah ckp dgn mak, “anak2 semua dh
besar, dh x boleh halang”. Mak cuba terangkan apa yg sy luahkan kt ayah. Mak
ckp ayah diam ja. Masa tu sy tau ayah terasa hati dgn sy,tp sy x msg minta maaf
(sbb kekok nk msg). dan sy batalkan niat ke sana.
8th
October 2012
Seminggu
terasa sayu. Sy pegi tgk konsert Ramli Sarip di UIA sorg2 sempena Pesta
Konvokesyen,dan sy menangis lg bila dgr lagu pasal pengorbanan mak n ayah. Lagi
teresak2..walaupn org ramai, rasa sunyi sgt sunyi. Dalam hati terdetik, kalau
ayah atau mak xda, sy x mampu harungi hidup ni. Dan bila terdetik mcm tu, sy
terus cepat2 yakinkan diri ayah atau mak akan panjang umur utk tgk sy Konvo tahun
depan. Terasa sgt nk balik rumah,rasa lambatnya cuti walaupun lg 2 minggu dh
mula cuti mid sem.
12th-14th
October 2012
Sy langsung
x boleh tido.sgt2 letih, 3 hari yg susah sgt nak tdo mlm..juga tanpa sebab. Lps
solat asar 14th October tu, sy hitung hari, dah 10 hari rupanya x
call mak, dan terus sy call mak.cerita mcm3, termasuk cerita sy x boleh
tdo.suara mak lain, tp sy x tnya knp suara mak lain sbb anggapan sy mak gaduh2
manja dgn ayah. Sy ckp dengan mak smpai hbs kdt,lps tu sy msg bgtau mak dh hbs
kdt n ckp jumpa minggu depan bila sy balik. Lps tu hujan lebat, mela ajak beli
barang untuk dia bawa pulang ke Indonesia. Kami sewa kereta, walaupun masa tu
sy sgt letih sbb x tdo, sy gagahkan juga, sbb kesiankan mela. Masa lps maghrib
time sy drive, kereta jd tersengguk2..Pelik, knp sy x pandai guna clutch. Tp sy
sedapkan diri, mungkin letih sbb tu bawa pn x btul. Bila smpai UIA, siap mandi
n nk tdo awal sbb terasa sgt3 letih,sy cuba tdo dari pkl 10 malam.tp smpai
pukul 4 pg 15hb sy tetap x boleh tdo.
15th
October 2012- lbh kurang 4pg.
Abg sy msg,
tnya sy ada kelas x hari isnin, sy jawab ada, dia reply “kelas biasa atau
exam”? sy jwb kelas biasa, selasa malam baru exam. Sy hntar lg sms sblm dia
sempat reply, “knp abg nuat?neves aih msg cmni pagi2”. Hati sy berdegup laju.
Rasa lamanyaaa abg nk balas. Abg terus call, katanya “ayah masuk icu,sakit
jantung”,sy jwb ehh?bila ayah ada sakit jantung?bila masuk?, abg ckp “td
malam,ayah kritikal”.sy tny lg abg di mana, dia ckp d hospital, bertolak pkl 12
td. knp x ambik sy dulu, dia jwb, x sempat,rushing td. Sy letak phone, sy buka
laptop, sy cari jawapan utk assignment sy.Jawapan yg seminggu sy cari tiba2 dlm
20 min dh dpt jawapan. Lps dapat jawapan sy off laptop n pk balik betul ke apa
yg abg bgtau td. Sy rasa x btul, terus sy call lg mak tnya apa yg jd. Soalan yg
sy nak tau sgt, ayah kritikal macam mana? Mak cerita mcm mana ayah x boleh tdo
3 hari lps dan sekarang tgh koma. Telefon terputus. sy termenung lg, sy tgk
tiket bas yg sy letak kat board meja study, hati berbisik “minggu depan dh nk
balik”. Masa tu sy confuse, nak balik atau x, sy x pasti keadaan ayah,sy msg
k.cik utk tnya keadaan ayah kritikal mcm mana tp xda jwapan.Masih keliru patut
balik atau x sbb ada ada exam dan kelas. Lepas tu, sy call mak lagi, mak ckp
sekejap tiba2 mak ckp mak nk letak dulu sbb doktor panggil masuk. Masa tu mak
lupa tekan button end call, dan sy dapat dengar bila mak masuk bilik ayah, org
dah pasangkan zikir dan yasin utk ayah, dan sy dgr esakan mak.sy takut nak end
call tp lps lbh kurang 15 min sy letak n Trus sy ambil keputusan utk mandi, dan
siap2, kalau rasa keadaan ayah ok sy akan pegi kelas, tp kalau x, sy akan terus
balik.
Masa mandi tu, hati terdetik, “kalau la dh x sempat jumpa ayah” dan sy
decide utk balik. ( sy teringat dna slalu cerita, kalau org yg sgt kritikal drg
akan pasangkan yassin).Sy mandi cepat2, call teksi utk amik sy ke airport, siap
n solat subuh. Dugaan time tu, duit langsung xda dlm purse, n sy decide ke
LCCT, sedangkan lbh dkt ke Subang. Sy redah juga, minta teksi benti dulu kt atm
n pecut ke LCCT. Tp sy x dpt nk kejar 1st flight ke alor setar,
flight seterusnya lps maghrib nnt, ataupn kena pegi KLIA utk amik Mas pkl 1pm.
Sy contact kakak ipar, memula decide utk drive kete utk balik dgn kakak ipar n
anak2 abg, sy trus ke KL central, tp at last kakak ipar decide naik flight sbb
lg cepat, jd sy patah balik ke KLIA n tunggu dia di sana.
Hanya tuhan sy yg tahu apa sy rasa. Sepanjang dalam teksi sy berdoa supaya
dapat flight, hati sgt meronta nak balik tgk sendiri, sebab sy x dpt jawapan yg
memuaskan. Bila terlepas flight, sy terduduk tgk flight yg ada kt LCCT tu,
langsung x boleh pk apa yg sy nak buat, sy melawan diri jgn lemah. Sy cuba msg
org2 yg sy percaya utk minta kekuatan tp tak da yg balas, sy duduk, dlm hati
minta pada Allah, tolong sy.Beberapa minit merintih dlm hati,msg mula dibalas n
kak ipar call n bg plan dia.Lps ckp dgn kakak ipar,sy naik bas ke KL Central,
sepanjang jalan sy menangis, takut x boleh minta maaf dgn ayah, sy marah, knp
last msg dgn ayah bukan msg yg tnya ayah buat apa tu, knp last msg mesti msg yg
buat ayah terasa hati, sy sangat2 takut xdpt minta maaf. Sy telefon mak, minta
mak ckp kan kat ayah sy minta maaf. Sepanjang jalan ke KLIA-KL Central-KLIA sy
menangis. Sampai sy jumpa kakak ipar sy dan anak2 sedara sy, sy mula gelak,
senyum..cuba utk kuat di depan keluarga. Akhirnya jam 1 lebih, kami bergerak,
sy tertdo spjang 45min perjalanan,. Letih
x tdo dan letih menangis.
15th
October 2012- 2.30ptg
Sampai Alor
Setar, tunggu abg pick up n pegi hospital. Smpai hospital tgk mak, mak sedara,
kak pit & anak2, maksu tunggu di ruang menunggu CCU.Lepas salam semua, try
mintak masuk tgk ayah tp masih tak dibenarkan. Katanya waktu lawatan jam 4 ptg
dan skrg rondaan sedang dibuat. Tunggu. Cuba utk tenang. Senyum,main dgn semua
anak saudara. Dalam hati? Tak boleh describe perasaan tu.Hanya mampu doakan
yang terbaik utk ayah.Sy jalan2 dlm hospital dulu, kemudian,cuba minta lg masuk
ke dalam wad. Sy masuk dgn Amira, anak sedara sy. Sungguh sy bersungguh cuba kawal
emosi. Bila masuk tgk ayah, ayah macam nyenyak tdo, wayar byk dekat
badan,hidung dan mulut,tgk tekanan darah sgt rendah, heartbeat slow dan mesin
jantung tu berbunyi2. Sy x faham apa maksud bunyi tu. Sy menangis, x mampu lg
kuat depan Mira. Sy pegang tgn ayah..sejuk..tgn ayah sedikit bergerak. Sy hanya
mampu bersuara dalam hati “ayah, adik balik”, lgsg tak terkeluar di mulut
walaupun sy cuba supaya ayah dpt dgr suara sy. Mira mintak keluar dulu. Sy
tunggu lagi tgk ayah.smpai doktor lalu dan sy panggil dia, mintak dia bagi
penjelasan macam mana keadaan ayah, dia koma atau di bawah pengaruh ubat-
soalan yg sy tertnya2 dari awal sy dpt berita ni. Doktor tanya, abg awk x
bgtau? Sy jwb, abg sy bgtau, dia ckp kritikal, tp sy nak tau kritikalnya macam
mana. Dan dia mula jawab.
-Semua dinding jantung dah rosak, terlalu nipis
;
-Injap jantung dah x berfungsi;
-Tekanan darah amat rendah;
-Ada masalah ginjal, dan darah dalam badan dh
mula bertoksid;
-Ayah bukan di bawah pengaruh ubat, dia hnya
diberi antiobiotik utk lawan bakteria dalam darah yg disebabkan toksid yg x dpt
dibuang.Kata doktor tu kalau x letak antibiotik pn ayah tetap koma;
-DAN bila doktor ckp, pagi td, lbh kurang jam 4,
jantung ayah dh berhenti, doktor dh bg CPR yg pertama, dan pada pukul 7 pg
tadi, Kali kedua jantung terhenti, CPR juga diberi buat kali kedua dan jika
jantung terhenti lg kali ke 3, CPR tidak lg akan diberi sbb akan menyakitkan
pesakit ( maknanya, akan biar ayah sy pergi). Sy rasa jantung sy juga terhenti.
Terjawab soalan sy. Ayah betul.BETUL-BETUL KRITIKAL yg kritikalnya spt sy xkan
lg dpt tgk ayah buka mata.
Sungguh,
Allah ada dengan sy ketika Dia duga sy, sy cuba dan terus cuba melangkah keluar
dgn tenang. Kena kuat supaya ahli keluarga yang lain tetap juga kuat, x boleh
menangis depan mak, sbb mak lg sedih, k.pit pn tgh mengandung. Jadi sy kuatkan
diri. Sbb sy tau semua ahli keluarga sy cuba utk kuat, bertenang dgn ujian
Allah. Pertama kali, sy tgk kakak-kakak dan abg sy tetap senyum dan tetap buat
lawak walau diduga dan dalam masa yg sama sy faham rasa perit dlm hati mereka,
sama mcm apa yg sy tengah rasa. . Abg ajak pegi makan sebelum waktu
melawat jam 4 ptg bermula. Baru sy
ingat, dari semalam belum makan apa2 lg.Habis makan, kami naik semula ke ruang
menunggu CCU, ramai ahli keluarga yang datang nk melawat ayah sedang bergilir
masuk (2 org sja yg boleh masuk tiap2
kali lawatan). Abg minta mak dan k.anis, k.pit balik rumah.mak & k.anis dh
semalaman di hospital. Sy minta utk tinggal di hospital dan mira nk temankan
juga. Malam tu sy, mira dan maksu tunggu di ruang menunggu, in case doktor
panggil utk apa2 rujukan. Lbh kurang jam 10 mlm, K.cik smpai dari Kuantan. Dia
masuk tgk ayah dan dia pn decide utk stay di hospital. Jadi sy dan k.cik plan
utk balik rumah kejap, mandi dan salin baju sementara mira dan maksu stay di
hospital. After siap mandi, kami ke hospital semula. Sungguh, bila sy ingat balik saat tu, sy tak
pasti kekuatan apa yg buat sy kuat menunggu macam tu. Sy, mira, maksu, k.cik
main teka2 kata. Masih bergurau2 walaupun tuhan saja yg tahu dalam hati masing2
mcm mana. Bila masing2 dh letih, kami buat kerusi depan ruang menunggu tu mcm
katil. Dan setiap kali pintu CCU tu terbuka, masing-masing mata akan tengok ke
arah pintu, takut2 ada panggilan dari doktor untuk kami. Bila dh nak subuh sy dh malas nk cuba tdo sbb asyik
terkejut bila pintu CCU dibuka. Trus sy duduk bacakan Yassin utk ayah dari
luar. Kemudian, kami bergilir solat subuh. Sy janji dengan diri sendiri, hnya
akan pulang ke kuliah kalau ayah dh sedar.
16th
October 2012
Lps rondaan
doktor, k.cik dan maksu balik ke rumah. Sy tunggu mak dan faez datang utk ganti
giliran tunggu ayah. Lbh kurang pkl 9 pagi mak dan faez datang, sy balik utk
tdo di rumah. Dlm Pkl 4 ptg sy keluar beli air zam-zam dan barang rumah yg
dipesan dgn k.ipar, kemudian dalam jam 7 ke hospital semula, untuk amik mak,
dan dalam masa yg sama abg long n faez pegi tunggu di hospital. Memula plan lps
hantar mak nk balik ke hospital, tp k.cik dan abg dey nk tunggu di hospital
malam tu dan mintak sy balik rehat so that esok pg sy boleh tunggu di hospital.
Jadi sy hanya ke hospital pkl 1 pg utk hntar air dan makanan ringan utk k.cik.
Pagi tu sy masuk wad lg tgk ayah. Sy lalu tepi satu bilik, hairan semua saudara
dia boleh masuk seawal jam 1 pagi. Sy endahkan, dan trus tgk ayah. Ayah dah
improve sikit walaupun demam. Bila keluar k.cik bgtau, org yg ramai saudara td
dah nazak, sbb tu semua saudara dia boleh masuk. Dalam hati sy masa sy nk balik
rumah, sy sgt berharap semoga bukan giliran sy pula yg masuk ke wad waktu2
begitu.
17th
October 2012
Sy
terbangun lambat, terus rush siap dan pergi ke hospital utk ganti k.cik. Sy
pegi dgn ayip. Lepas k.cik balik, sy tunggu cuba minta masuk ke wad utk bacakan
Yassin di tepi ayah. Saja nk bg ayah dgr suara sy. Alhamdulillah, sy dibenarkan
masuk. Sy amik wuduk, tarik kerusi duduk
di tepi ayah , main2 kerusi kejap smbil bgtau ayah sy ada dgn dia. Mesin
jantung berbunyi2, sy cuba meneliti, ada bacaan seperti tak normal, tp sy masih
x faham apa maksudnya, sy abaikan dan mulakan bacaan Yassin. Baru setengah
bacaan, doktor pakar buah pinggang datang utk tgk keadaan ayah. Doktor tanyakan
ubat2 yg pernah ayah amik. Doktor bgtau keadaan buah pinggang ayah dan minta
kebenaran utk dialisis. Katanya kalau dialisis dijalankan,ayah mungkin akan
terkejut dan tak dpt bertahan kerana tekanan darah ayah masih rendah untuk
proses dialisis dan jika dialisis tidak dijalankan, keadaan ayah juga akan
semakin teruk kerana toksid makin bertambah dlm darah. Jadi antara 50%-50%. Sy
minta masa utk telefon k.cik dan abg. K.cik datang semula utk bincang dgn
doktor dan sign kebenaran dialisis. Kemudian,K.cik pulang ke rumah mertuanya
semula dan sy kembali menunggu di ruang menunggu,masa tu rasa kosong, keadaan
ayah complicated dan masih koma. Tp sy sgt3 berharap ayah akan sihat. Lbh
kurang waktu tgh hari,family abg datang ke hospital, utk hantarkan semua ubat
yg pernah ayah amik pada doktor utk rujukan mereka. Abg datang bgtau ayah nk
balik ke KL utk uruskan kerja. Abg bgtau sy, Jumaat ni abg akan balik sini
semula. Lepas tu, k.pit dan family
datang dgn k.anis & haikal utk tgk ayah. K.pit nk balik ke Kulim dulu utk
uruskan exam aiman n hafez. K.anis pula mula2 plan nk balik Penang, tp dia batalkan
niat dia dan tunggu di situ. Lbh kurang pkl 2ptg, sy mintak k.anis tunggu ayah
sbb sy nk balik rumah rehat dan hntar ayip n haikal dan amik mak dtg
hospital. Bila smpai rumah sy berniat nk
tdo kejap, tp sy terlajak tdo smpai lbh kurang jam 4.30. Entah kenapa sy
bangun, mandi, siapkan diri, solat dalam keadaan yg rush, terasa sgt3 perlu
smpai ke hospital dgn cepat. Mungkin takut doktor dh jalankan proses dialisis. Sy
pergi ke hospital dgn mak, danial dan ayreen. Sampai di sana ada kwn2 ayah dan
saudara yg dtg tunggu waktu melawat. K.anis bgtau dialisis blm dijalankan,
tekanan darah ayah masih rendah dan doktor tak nak ambil risiko yg tinggi. Sy
duduk, tenang, terasa sgt positif ayah akan pulih.
Jam 6.20,
semua yg dtg melawat ayah dh beransur pulang. Sy tgk dh xda org yg menunggu
giliran. Terus sy ajak mak masuk utk bacakan Yassin utk ayah. Mak berckp dengan
ayah, sy pegang tgn ayah, cuba baca bacaan nadi dan tekanan darah. Masih rendah
tp ada improvement. Mesin jantung masih berbunyi2, lebih kerap.Ayah tiba2
gerakkan badan, mak tnya sy boleh x nk alihkan badan ayah sikit, mungkin ayah
lenguh. Sy x bg sbb mungkin boleh ganggu wayar-wayar yg melekat, sy ckp ayah
bergerak mungkin sbb sakit. Jam 6.40,Sy mula nk amik wuduk utk bacakan Yassin,
bila sy pusing utk amik wuduk, sy ternampak dada ayah terangkat dalam cermin,
trus sy pusing dan tgk ayah buka mata. Mak cpt2 bgtau sy ayah dah sedar, tp sy
kaku sbb sy tgk mesin nadi ayah dah jd 0. Sungguh hanya Allah yg tahu apa
perasaan masa tu. Sy cuba panggil nurse tp suara sgt slow.Bila ada nurse yg
nampak sy cuba panggil dia, dia trus panggil nurse in charge utk bilik ayah sy
dtg.Nurse tu tny bg kebenaran atau tak utk CPR seterusnya. Sy angguk. Dia minta
sy dan mak tunggu di luar bilik.
Doktor
datang berlari2 selepas tu. Mak masih tenang, mungkin dia anggap ayah dh sedar.
Sy duduk di luar bilik, hanya mmpu nampak mesin nadi ayah. 0,0,0,0,0,0,0……...garis
lurus merah, dan bunyi yg x berubah-ubah. Sy menangis, teresak,nervous dalam
masa yg sama sy cuba tenangkan diri. Sy tgk mak,masih tenang, mak kata ‘adik,
mai la sini, jgn duduk tgk di situ”.Sy berhenti nangis, amik nafas dan tny sama
ada mak nk tunggu di luar atau x. entah kenapa sy takut tgk ketenangan mak, takut
mak menahan hati di dalam..Mak ckp xnk dan nk terus tunggu di situ. Sy mula
faham perasaan abg dan k.anis masa mereka menunggu CPR ayah yg pertama. Sy mula
baca apa saja doa yg terlintas, utk buat sy kuat dan utk tgk mesin nadi tu
berubah warna. Lbh kurang jam 7, Che man, sepupu sy, masuk ke dlm CCU, niatnya
utk memanggil salah sorg dari kami keluar sbb ada saudara yg ingin dtg melawat
ayah, tp bila smpi ke ruang bilik, bru dia tahu ayah sedang diberi CPR, dan dia
panggil k.anis dan saudara2 yang di luar utk masuk. Maksu datang dan tnya sama ada sy dh bgtau
abg dan kakak atau belum. Bru tersedar sy masih blm bgtau mereka. Sy call abg
dan k.cik, sedih dgr suara abg bila dia sebut “Allah” bila sy bgtau ayah diberi
CPR. K.cik pula akan terus dtg ke hospital. Hbs sy call, ,doktor keluar, bgtau
dh 30min bg CPR, doktor tnya sama ada nk teruskan 10 min lg CPR atau biarkan
ayah pergi. Implikasinya,jika ayah sedar dan pjg umur setelah CPR yg 10 min
tambahan, ayah akan lumpuh seumur hidup. Doktor minta keputusan mak, mak tetap
terdiam. Maksu suarakan, minta doktor cuba buat yg terbaik. Doktor masuk dan
teruskan CPR. Sy tengok mak terduduk di
kerusi. Masa tu sy dh 300% pasrah pada Allah. Minit ke-8. Nadi ayah bergerak
kembali. Alhamdulillah. Tapi ayah nazak. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan
dia, setiap nafas yg dia ambil, mungkin nafas yg terakhir. Sy bersyukur, ayah
masih ada, walaupun di depan mata ayah dh nazak, di hati sy tetap yakin doa
akan membantu. Sy sgt yakin dgn doa ayah boleh sihat. Sgt positif ayah akan
sihat. Selepas bg report pada abg, sy msg k.pit bgtau keadaan ayah.tp xda
respon. Sy keluar utk solat maghrib dan tunggu sehingga isyak sementara saudara
yg lain dgn ayah di dalam.Ada yg ajarkan ayah syahadah dan ada yg bacakan
yassin. Sy sgt perlukan Allah,utk kuatkan hati dgn apa yg bakal terjadi. .
Selepas
isyak, sy turun utk makan, cuba lg mencari kekuatan, sy x mampu hbskan makanan,
x tenang tinggalkan ayah. Sy trus belikan air utk mak dan yg lain2 dan naik ke
atas. Bila di atas sy tgk semua saudara dah tunggu di ruang menunggu CCU, nurse
minta semua keluar dulu utk bersihkan ayah. Kemudian, penjaga datang minta sorg
saja ahli keluarga masuk utk ada dgn ayah. Mak suruh sy masuk. Jadi sy masuk
tgk ayah sedang nazak. Sy terus menerus ajarkan ayah syahadah. Sy bacakan
“LaillahaillaAllah” di tepi telinga ayah.. Dan disebabkan sy yakin ayah akan
sihat, sy tetap ajarkan ayat kalimah syahadah yg penuh walaupun sy belajar dan
faham sepatutnya hanya kalimah “LaillahaillaAllah” diajarkan utk org yg terlalu
nazak. Mungkin utk cuba tipu diri.Betullah, belajar lagi senang dari amalkan.
Terasa sgt susah melawan diri sendiri utk praktikan apa yg diajar. Tiap2 kali
ajar ayah, sy menitis air mata, x lg mmpu bertahan, imbasan2 datang dlm
fikiran. Sy nk ayah ada utk hari Konvo sy. Bila k.cik masuk, dia tunggu utk
baca yassin sementara sy ajar ayah syahadah. Tiba2 k.cik kata dia nk keluar
panggil abg dey masuk ajarkan syahadah, mungkin dia tgk sy menangis dan
bergetar suara tiap2 kali ajar ayah, dan dia ckp dia x tahan tgk mesin jantung
tu. Katanya ayah kena attack lg. Bru sy faham maksud bunyi di mesin jantung tu.
K.cik
keluar dan abg dey masuk, ajarkan syahadah. Sy pula bacakan yassin utk ayah. Jam
11.40 malam,abg dey minta utk keluar ke tandas, sy duduk lg tepi ayah, minta
maaf dgn ayah, mak pula masuk gantikan tempat abg dey.sy bg peluang mak ajarkan
ayah syahadah. Nurse datang minta keluar jam 12 sbb pelawat dh x boleh berada
di wad selepas jam 12.. Sy angguk tnda faham. Jam 12, sy dan mak masih lengah2
kan masa,penjaga dh mula panggil.. Akhirnya, lbh kurang jam 12.05 sy ajak mak
keluar, sy bisik ke telinga ayah yg sy ada tunggu ayah di luar. Berat hati
tinggal ayah dlm keadaan nazak. Sy keluar dan sekali lg masuk dan berpesan kpd
Penjaga utk panggil sy di luar kalau ada apa2.. Sy duduk di ruang menunggu,
K,cik datang, minta masuk wad utk berjumpa doktor, kemudian dia keluar, lepas
4-5 langkah k.cik keluar dari pintu besar CCU,penjaga panggil dia, katanya Dr.
panggil, k.cik masuk dan x smpai seminit k,cik lari2 keluar bgtau suruh masuk
ayah dah xda. Sy bgn tp x masuk ke dalam.Sy tgk saudara yg lain trus lari masuk
ke dlm bilik ayah. Sy hanya mmpu bangun, sungguh sy tak nak dan x sanggup tgk
ayah dh xda. Sy call abg, tp dia x dpt dgr suara sy. 2-3 kali mencuba, sy give
up dan msg, ayah dah xda. Sy trus masuk. Jam 12.30,Abg Dey trus ajarkan
syahadah, kemudian, doktor sahkan, ayah meninggal jam 12.15 18th October 2012..
Berkecai,
itu yg sy rasa. Abg dpt hubungi sy, abg tny ayah mcm mana wlpn dia dh dpt msg
sy td. Sy bgtau skali lg. Kemudian sy telefon k.pit sampaikan berita yg sama.
Sy keluar lbh awal dari saudara yg lain, duduk di ruang menunggu,cuba terima
apa yg sy sedang terima masa tu. Kalau semalam sy berharap sy x nak rasa apa yg
saudara2 si mati rasa, malam ni sy faham mungkin ini yg dirasai mereka. Dalam
hati sy doakan, semoga esok, saudara2 yg masih menunggu pesakit di CCU tu xkan
alami apa yg sy sedang alami. Hancur rasa hati, letih lagi nk kuatkan diri.
Mak dan
lain2 keluar dari wad, semua bahagi tugas. Sy, mak,mak cik dan anak saudara
ayah pulang ke rumah, kemaskan rumah utk ayah balik nnti. Mak kata mak rasa
doktor tu tipu, sbb mak tgk dada ayah bergerak lagi. Luluh sgt3 dgr apa mak
kata, sy cuba tahan lg utk terangkan kt mak yg pergerakan tu adalah disebabkan
oleh mesin oksigen. Dalam kereta, sy tiba2 menangis, lepaskan apa yg di hati,
sy pegang stereng keta yg pernah ayah bawa. Sy mula sedar, lepas ni hanya akan
tinggal kenangan ayah utk sy bawa selagi sy hidup.
Sampai
rumah, ayip, danial, dan ayreen tnya knp balik awal pagi. Sy Suruh danial dan
ayreen tdo sementara ayah nk sampai. Saudara lain bantu utk cari barang-barang
utk persiapan mandikan ayah. Masa berbincang sepupu sy tnya kt mana nk
kebumikan ayah. Sy diam, abg dan k.pit masih dlm perjalanan, k.cik dan k.anis
uruskan ayah keluar dari hospital. Jadi, sy kena buat pilihan di mana nk
kebumikan ayah. Masa tu sy mula sedar, sy dh boleh pilih apa yg sy nak, ayah dh
x halang lg.. Persoalan sy bila sy boleh pilih keputusan sendiri dah terjawab.
Saat tu. Getar suara sy menjawab kebumikan ayah dekat dengan Mak Tua, isteri
pertama ayah. Dalam hati ada sedikit rasa bahagia utk ayah, dh lama rindu ayah
terpendam,sy doakan semoga ayah dpt jumpa kekasih ayah yg pertama di dunia di
alam sana.
Sy dan sepupu sy pergi ke rumah AJK yg kendalikan urusan pengurusan jenazah.
Masa tu teringat lagi, sblm sy habis cuti sem, ayah pernah tunjukkan borang dan
minit mesyuarat pengurusan jenazah di perumahan rumah. Petunjuk yg ayah bagi
supaya sy ingat ke mana arah tuju yg patut sy buat. Selesai urusan, sy pulang, mandi dan cuba
tido. Setiap kali cuba utk tido, sy mula menangis. Langsung sy x terlelap.
Mungkin Allah suruh sy terima dan jangan mengelak dgn cara tido utk lupakan
semua.Sy bangun bila ayah dh smpai. Bacakan yassin di sebelah ayah. Ayah nampak
tenang, sy cuba utk jd setenang ayah. K.pit smpai dan duduk di sebelah sy. Sy
teruskan bacaan. Smpai Surah Al-Ikhlas, sy mula sebak, sungguh sy jd sedar hnya
Allah yg Kekal dalam hidup ni, manusia satu masa akan mati, dan sy mesti
lepaskan apa yg sy pinjam dari Allah. Tp tipu kalau sy katakan sy senang hati
lepaskan ayah. TAK..dgn iman yg x seberapa ni, sy sgt rasa tak kuat dan susah
utk sy lepaskan ayah. Sy rasa sy masih perlukan ayah. TAPI Allah dh tetapkan sy
perlu mula hidup tanpa ayah. Selesai bacaan, sy masuk ke bilik, xmampu lagi
setenang ayah,bila abg smpai, kakak ipar masuk ke bilik. Sy ceritakan apa yg sy
lalui di hospital td, dan sy tiba2 terluah rasa terkilan ayah.”Sampai hati
ayah, anak2 lain ayah tgk, ayah x tunggu pn asilah grad”. K.ipar sy tegur jgn
ckp mcm tu, x baik utk ayah. Sy diam. Mohon ampun dari Allah.cukup la sy x
sempat minta maaf dari ayah, sy xnak ayah jd x tenang sementara jasad ayah
masih ada di dalam rumah.
Lebih kurang
10 pg, orang hospital datang untuk mandikan jenazah ayah. Masa saya siramkan
ayah, sy tengok ayah sangat tenang, macam tengah tido. Sungguh dalam hati sy
minta ayah bangun. Bila orang kapankan ayah sy cuba kuatkan diri, xnak ada air
mata, sebab kata org, sakit jenazah kalau kita tangisi dia. Untuk ayah, sy cuba
sangat2 untuk kuat. Sebelum muka ayah ditutup, semua cium ayah buat kali yang
terakhir. Sehingga saat sy menulis ini, sy tetap terasa hati sy pedih bila
membayangkan waktu tu. Sy cium dahi dan pipi ayah, dan sy bisikkan pada ayah,
“INSYAALLAH, KITA JUMPA LAGI DI SANA, AYAH TUNGGU ADIK”. Bisikan ini yg sy
pegang selama ayah pergi, untuk kuatkan diri sy.. Janji sy suatu hari sy akan
jumpa ayah di sana.
Masa
kebumikan ayah, sy ikut, utk tgk mana kubur ayah. Bila dengar org bacakan
talkin, hati berbisik, Allah lindungilah ayah, jgn seksa dia, biarkan dia
tenang. Terasa seperti tamparan kepada saya bahawa mati itu pasti, bukan
mainan. Bila dh siap, sy balik rumah, dan terus tido. Cuba lgi tipu diri, sy
nak anggap ini semua mimpi, bila bangun, ayah masih ada dlm keadaan normal. Tapi
tak, bila bangun tetap sama, sy tgk mak sgt kuat.Lepas solat asar, sy ke kubur
lg untuk bawa anak2 sedara yg lain tgk di mana ayah dikebumikan.
Baru sy
faham knp ada sesetengah org dlm cerita2 Melayu xnak tinggalkan kubur bila org
yg dia syg meninggal. Itu yg saya rasakan. Sy rasa ayah dekat, hanya di sebalik timbusan tanah, sy nak teman ayah di situ, ayah sunyi sorg2, cukup la dia sunyi di rumah
selama ni.. saya duduk lama di situ smpai sy tersedar ujian Allah sy kena
terima dengan redha. Sy kena pulangkan apa yg Allah bagi..Pasti, suatu hari, sy
akan ikut ayah juga.. Sy masih ada mak yg pasti lebih susah lepaskan ayah,tp
mak lebih kuat mungkin utk sy kuat. Sy bangun, siap untuk pulang, dan sy bgtau
ayah, sy akan datang lg. Dan bila rindu pasti tertanya sendiri, ayah buat apa di
sana?
……………..
Hari ni 3
Mac 2013. 4 bulan 13 hari ayah pergi dan 5 bulan 27 hari sy x jumpa ayah.. Bulan March bulan kelahiran ayah..Kalau
sebelum ni bila masuk bulan March sy akan mula pk, hadiah apa yg nk sy bg pada
ayah..Dialah satu-satunya lelaki yg sy ada untuk sy bg hadiah selama sy
hidup..Dia yg sy tahu akan terima apa saja hadiah yg saya bagi.Walaupun dia x
tunjuk yg dia gembira, tp sy tahu dia suka dan hargai apa yg sy bagi. Sekarang
dh xda harta benda di dunia yg sy mampu hadiahkan utk ayah lg.. Hanya doa yg sy
boleh hadiahkan utk ayah sepanjang hidup sy lepas ni..
Sehingga saat ini, sy masih
lagi mencuba utk kuat sekuat-kuatnya seperti mana ayah didik sy utk kuat..
Juga, sy berharap wlaupun x sempat sy minta kemaafan dari ayah,ayah ampunkan dosa sy selama sy hidup dgn dia..Ayah masih ada
bagi sy, kuat tersimpan dalam HATI..Semua kenangan dgn ayah akan sy bawa smpai
ke akhir hayat. Sungguhpun ayah dah xda utk tgk sy dpt law degree spt yg dia idamkan,
sy sgt3 berharap, ayah dapat tgk sy walaupun jasad dia x di sini..
~Ayah,
maafkan adik byk berdosa dengan ayah, maafkan adik x dapat bawa ayah ke
hospital masa ayah sakit, xdapat hilangkan sunyi ayah masa ayah hidup. Dan
maafkan adik x sempat balas semua jasa ayah pada adik. Terima kasih, terapkan
kasih sayang pada adik ,didik dan nasihat adik. Adik x menyesal dengar
cerita2 ayah masa ayah muda wlpn ayah
ulang bykk kali sebab semua tu buat adik lebih faham ayah dan yg paling penting
semua cerita ayah akan jd peneman adik bila adik rindu ayah. Walaupun jauh, beribu batu, namun hatiku tetap
padamu
Tuhan,
jagalah ayah, kasihkan ayah seperti dia kasihkan keluarganya,lindungi dia dari
seksaan kubur dan api neraka. Masukkanlah dia di SyurgaMu kerana dia
sebaik-baik ayah buat anak-anaknya dan sebaik-baik suami buat
isteri-isterinya.Sampaikanlah salam rindu dan cintaku pada ayah, dan terimalah
semua doaku utk ayahku.
SALAM TAKZIAH UTK DIRI SENDIRI DAN KELUARGA SAYA. AL-FATIHAH UTK AYAH
TERSAYANG
~~ p/s:
buat kawan-kawan yg datang masa ayah xda, terima kasih,dan minta maaf sbb sy x
layan tetamu dgn baik masa tu. Dan buat yg membantu sy sekeluarga ketika susah,
terima kasih byk3..semoga Allah membalas jasa kalian.
~~p/s/s: Buat kawan2 yg tertanya tp x sampai hati utk bertanya. terima kasih krn memahami. Maafkan sy, ujian ini ibarat tamparan, sy x kuat seperti yg anda semua nampak di wajah. Sy x mampu tipu diri utk tabah didepan kalian.
~~p/s: kadang-kadang kata hati tu penunjuk.Jadi jgn abaikan slalu.
Lagu ayah suka: Dia dengar mesti dia senyum, maybe ingat kenangan dengan arwah isteri dia
Sekarang, bila sy dengar lagu ni, sy pn jadi tersenyum..Betul,kenangan itu mengusik jiwa.