Apa yang di langit dan di bumi adalah milik Allah S.W.T sepertimana yang banyak tertulis di dlm Al-Quran..
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
الحَمدُ لِلَّهِ الَّذى لَهُ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ وَلَهُ الحَمدُ فِى الءاخِرَةِ ۚ وَهُوَ الحَكيمُ الخَبيرُ
Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
يَعلَمُ ما يَلِجُ فِى الأَرضِ وَما يَخرُجُ مِنها وَما يَنزِلُ مِنَ السَّماءِ وَما يَعرُجُ فيها ۚ وَهُوَ الرَّحيمُ الغَفورُ
Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit serta apa yang naik kepadanya; dan Dia lah jua yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun.
Apa yang kita ada sekarang, suatu hari kita kena lepaskan.walau dalam apa jua keadaan.lepaskan dalam pasrah ataupun lepaskan dengan dendam, tetap,kita mesti lepaskan..tetapi sebaik-baiknya,lepaskan dengan IKHLAS, walaupun kita selemah-lemah manusia, ingat semua yg kita ada hari ni dipinjamkan oleh Allah atau diberi kepada kita untuk diuji.Ikhlaskan diri supaya kita terus tenang menghadapi hari mendatang..
Untuk Ikhlas, bg saya, betul sgt2 susah, bukan sehari sy boleh dapat jawapan apa sebenarnya hikmah disebalik apa yg diuji ..iman sgt goyah sepanjang perjalanan mencari hikmah..tapi Alhamdulillah, Allah tetap tunjuk jalan dgn anugerah untuk berfikir sebab-sebab yang positif untuk memujuk diri.
pernah dulu, saya terasa seperti perlu melepaskan impian sendiri dimana saya terkadang terasa hidup tiada arah untuk dituju..sy akui, tidak tenang diuji begitu, tp Allah pujuk, dengan terdetik di hati apa sebenarnya tanggungjwab sy di dunia.. sy anak, yg ada ibu dan ayah yg sentiasa sunyi bila anak-anaknya jauh dimata..jd sy disini untuk tunaikan tanggungjwab sy, semoga dgn adanya sy, akhir-akhir hidup mereka x sesunyi mana. Dengan melepaskan impian sy dengan ikhlas, sy dpt jalan yg hidup sy destinasinya kepada Allah..jd bila diuji lagi, sy tahu, jalannya hanya kepada Allah yang buat sy tenang.
Pernah saya terasa perlu melepaskan org yg sy sayang smpai terasa kosong dek kerana 'dia' keluar meninggalkan ruangnya di hati.susah sy lepaskan, tapi siapa sy untuk menyekat? sudah tertulis dia ada dalam hidup sy, dan sudah tertulis juga bila dia akan pergi..dengan ikhlas adalah jalan yg terbaik sbb dgn cara itu sy jadi sedar cinta manusia xkan kekal..walaupun sy sedih, mungkin kesedihan ini buat sy lebih byk berdoa kepada Allah..wallahualam..Allah pujuk lg, dengan terdetik di hati melihat insan lain yg hilang insan yg lebih rapat dgn mereka, hilang tempat bergantung, hilang pancaindera, hilang harta dunia yang jauh lebih tabah dlm hidup mereka..Saya lebih beruntung..
Jadi sy sebagai hamba yg sebenarnya tiada apa-apa, perlu melepaskan dgn redha apabila masanya sudah tiba untuk dilepaskan. walaupun susah..sy mesti.. InsyaAllah sy boleh
May peace be upon you.